Wednesday, May 16, 2012

Buat Duit dengan Facebook - 5 Rahsia Dibongkar!


Dengan meledaknya laman web sosial seperti Facebook, ramai usahawan dan peniaga bertanya soalan cepuemas “Bagaimana buat duit dengan facebook?”. Dengan jutaan orang diseluruh dunia membuka dan melihat akaun facebook mereka setiap hari, dan dengan jumlah orang yang begitu padat sudah tentu ada cara untuk buat duit dengan facebook bukan?

Apabila anda membuat keputusan bahawa Facebook adalah salah satu strategi utama untuk anda memasarkan perniagaan, prinsip utama perniagaan yang perlu kita ketahui ialah orang biasanya lebih suka membeli dengan orang yang mereka tahu, suka dan percaya. Keduanya mereka yang melawat facebook adalah orang yang mahu bersosial dan tidak suka membeli membuta tuli. Anda perlukan strategi untuk menjual kepada warga facebook.

Dibawah ini dibongkarkan 5 rahsia buat duit dengan facebook yang ramai orang tidak tahu

1) Gambar Profile Anda – Pastikan gambar photo anda kelihatan profesional dengan cahaya yang terang dan jelas. Pastikan pakaian anda bersesuaian dengan bisnes yang anda jalankan. Gambar yang selekeh akan menjejaskan imej bisnes anda.

2) Tambahkan kawan di network anda - Anda perlu menambahkan kawan secara konsisten. Caranya ialah dengan pastikan bahawa mereka berminat dengan apa yang anda tawarkan. Jika anda menjual tudung, pastikan kawan-kawan anda berminat dengan fesyen tudung anda. Facebook agak tegas dengan berapa ramai orang yang boleh anda tambah sehari. Untuk selamat, pastikan tidak lebih daripada 20 orang sehari.

3) Sertai dan Berinterksi dalam grup – Sertai grup facebook dan berkomunikasi dengan ahli didalamnya. Pastikan grup anda bersesuaian dengan produk anda. Berikan sesuatu yang bernilai seperti maklumat khusus kepada mereka dengan percuma. Ini akan menjadikan anda sebagai pakar dan mudah untuk menjual.

4) Kemaskini status – Status terkini akan menjadi senjata penting bahawa anda memberikan sesuatu kepada network anda. Berikan link kepada artikel atau video yang boleh menolong prospek anda menyelesaikan masalah mereka. Apabila mereka melihat anda bersungguh-sungguh memberikan sesuatu yang berharga sudah pasti tiada halangan untuk mereka membeli produk anda kelak.

5) Cipta Fan Page – Ianya cukup mudah. Disini anda boleh menawarkan maklumat tentang bisnes anda. Cuba untuk tidak menjual terus, tetapi berikan maklumat bernilai untuk pelawat sebanyak mungkin. Agak malang jika pelawat yang tiba di Fan Page anda penuh dengan link jualan dan maklumat yang tidak sesuai.

Jadi mahu buat duit dengan facebook, ianya menjadi lebih mudah jika anda laksanakan 5 rahsia diatas. Sahabat saya menjana tidak kurang RM100 sehari dengan menjual tudung ekslusifnya difacebook. Dengan gambar tudung yang menarik dan harga yang berpatutan, sahabat saya tidak susah untuk menjual produknya difacebook.

Sekarang anda tahu rahsia terpendam rahsia buat duit dengan facebook. Untuk maklumat lanjut bagaimana anda mampu buat duit RM100 sehari dengan facebook sila KLIK DISINI




* Jika anda rasa artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda, saya harap anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda sama ada melalui facebook, email, google buzz atau twitter. Sila klik button SHARE di sebelah kiri. Saya ucapkan terima kasih kepada anda
Blogger Template by Clairvo